Open for 4 years-6 years old - Islamic | Quranic | Technology
Islamic– Pembentukan adab, akhlak dan jati diri Muslim sejak kecil, melalui aktiviti harian, doa, sirah, solat dan nilai murni.
Quranic – Penekanan kepada kefahaman Al-Quran, hafazan, dan penghayatan nilai-nilai dari ayat suci — bukan sekadar hafal, tapi faham dan amalkan.
Technology – Anak diperkenalkan dengan teknologi moden dalam pembelajaran melalui TV Android, aplikasi interaktif, portal pembelajaran dan pendekatan digital.
“Saya tak nak tunggu anak masuk Darjah 1 baru nak ajar semua benda. Bila dah besar, dah mula susah nak bentuk. Sekaranglah masa dia. Umur 4, 5, 6 tahun ni lah waktu emas. Kalau mula awal, insyaAllah nanti dia lebih yakin, lebih mudah belajar. Saya nak dia tahu solat, pandai doa, boleh baca – bukan tunggu sampai cikgu sekolah tegur baru nak kejar.”
“Aku kerja kuat nak sediakan yang terbaik, tapi rasa macam ‘terlepas’ bab agama anak. Anak pandai nyanyi lagu TikTok… tapi Al-Fatihah pun belum hafal.”
“Saya pernah hantar anak ke tadika lain… tapi balik cerita main pasir je. Saya takut sangat tersalah pilih lagi. Sekali salah, anak yang terkesan.”
“Anak saya ni pemalu… jenis senyap je. Saya risau kalau cikgu tak sabar, nanti dia terus takut nak pergi sekolah.”
“Gaji cukup-cukup je… Bukan tak nak hantar, tapi bila fikir yuran tinggi, rasa serba salah. Kalau boleh bayar ansur, baru lega sikit.”
“Macam mana kalau anak jatuh sakit masa kat tadika? Ada ke CCTV? Siapa jaga? Saya risau betul bab keselamatan ni.”
“Anak saya ni asyik dengan handphone. Bila ajar sendiri pun dia tak fokus. Saya takut sangat dia jadi pasif, tak pandai bercakap nanti.”
“Anak saya dah nak masuk 6 tahun… tapi belum pernah ke mana-mana tadika. Saya takut saya tunggu terlalu lama, nanti dia lambat bergaul & belajar.”
Apa Kata Ibu Dan Ayah Yang Telah Menghantar Anak Mereka Ke Keedsflix Preschool Temerloh Jaya !!!
Di sinilah tempatnya — modul kami bukan sekadar akademik biasa. Kami rancang setiap isi pembelajaran untuk bentuk anak yang bijak fikir, tinggi adab, dan bersedia hadapi dunia moden.
Di Keedsflix, setiap modul dirangka berdasarkan gabungan kurikulum KSPK, pendekatan psikologi kanak-kanak dan elemen pendidikan Islam yang seimbang. Bukan sekadar hafal atau baca — tapi anak faham, hayati dan seronok belajar. Semua ini disusun dengan pendekatan interaktif, menyeronokkan dan sesuai dengan tahap umur anak-anak.
Keeds Quranic ialah modul interaktif khas untuk anak 4–6 tahun belajar Al-Quran secara menyeronokkan, mudah dan penuh makna. Guna pendekatan 3M – Membaca, Mengulang, Memantapkan, anak akan diajar huruf hijaiyah & tajwid dengan teknik warna menarikl. Modul ini bantu anak minat belajar, cepat ingat, faham konteks ayat dan paling penting, cinta & hormat pada Al-Quran sejak kecil — bukan sekadar pandai baca, tapi bersedia jadi insan berakhlak mulia berlandaskan kitab suci.
Keeds SPACE ialah modul sains angkasa unik hasil inspirasi Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, direka untuk bantu anak kenal ciptaan Allah melalui sains. Anak belajar konsep angkasa sambil kaitkan dengan ayat Al-Quran (tadabbur), sertai aktiviti eksperimen hands-on, dan diajak rasa kagum, syukur & sedar kebesaran Tuhan. Belajar bukan sekadar teori — tapi buat anak ucap “Alhamdulillah, Syukur” bila tengok hebatnya ciptaan-Nya.
Keeds Hafiz ialah modul hafazan surah-surah pendek Al-Quran untuk anak 4–6 tahun yang bukan sekadar hafal, tapi bantu anak faham maksud dan nilai di sebalik setiap surah. Guna pendekatan DNA Surah, anak akan belajar latar surah, makna mudah, nilai murni serta aktiviti interaktif macam melukis, bercerita & lakonan. Teknik hafalan guna irama & visual pula mudahkan ingatan dan buat anak lebih seronok. Hasilnya, anak bukan saja lancar hafal — tapi mula amal ajaran Quran dalam hidup seharian, dari kecil lagi.
Keeds Jawi & Keeds Arab bantu anak kenal tulisan Jawi dan asas Bahasa Arab secara mudah & menyeronokkan. Dalam Keeds Jawi, anak belajar huruf satu demi satu ikut sistem, supaya boleh baca dan tulis dengan yakin. Keeds Arab pula kenalkan perkataan asas, nombor, dan ayat mudah melalui lagu, aktiviti interaktif & permainan bahasa — buat anak seronok belajar sambil faham asas komunikasi dalam Bahasa Arab sejak kecil.
Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-Based Learning) di Keedsflix bukan sekadar aktiviti biasa — tapi satu cara untuk buka minda & bakat anak melalui gabungan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni & Matematik (STEAM). Anak bukan setakat buat projek seronok, tapi belajar berfikir luar kotak, selesaikan masalah, guna logik & jadi lebih kreatif. Dari eksperimen sains ke binaan seni, setiap projek bantu anak belajar sambil buat — bukan hafal semata, tapi faham & praktik terus.
Modul Bahasa Inggeris yang dirangka untuk bantu anak fasih membaca & yakin bertutur menggunakan pendekatan berasaskan sistem Cambridge. Anak-anak didedahkan kepada bunyi fonik, kosa kata asas, ayat mudah dan aktiviti interaktif yang bantu mereka bina keyakinan, sebutan tepat & faham maksud — bukan sekadar hafal. Sesuai untuk persediaan awal sebelum masuk ke tahap sekolah rendah.
Keeds Baca ialah modul Bahasa Melayu yang bantu anak kuasai kemahiran membaca dari asas hingga lancar. Anak dibimbing ikut kaedah berstruktur – mula dari kenal huruf, bunyi suku kata, gabung perkataan hingga boleh baca ayat penuh dengan sebutan yang betul & kefahaman yang jelas. Teknik step-by-step ni buat anak seronok belajar, cepat tangkap & yakin membaca – tanpa tekanan, tanpa paksaan. Sesuai sangat untuk anak yang baru nak mula membaca atau masih keliru dengan bunyi huruf.
Di Keedsflix, anak-anak belajar wuduk, solat, zikir, doa harian & akhlak Nabi melalui pendekatan praktikal dan menyeronokkan seperti latihan amali, lakonan dan role play. Mereka bukan sekadar hafal tapi terus praktik – contohnya ambil wuduk step by step, solat berjemaah, dan hafal doa ikut situasi harian. Untuk akhlak Nabi, anak diajak faham dan amalkan melalui cerita bergambar dan lakonan situasi sebenar seperti beri salam, bantu kawan dan minta maaf. Modul ini bantu anak hayati Islam dalam kehidupan sebenar sejak kecil — dari ilmu ke amalan, dari tahu kepada buat.
Bahasa Melayu: Membina kemahiran membaca, menulis, dan bertutur untuk persediaan ke sekolah rendah.
Bahasa Inggeris: Memperkukuh kefasihan membaca dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Sains: Merangsang rasa ingin tahu dan pemikiran logik melalui konsep sains asas.
Matematik: Mengenalkan asas nombor, bentuk, serta kemahiran penyelesaian masalah.
Pendidikan Islam: Menekankan asas akhlak, doa, dan solat untuk membentuk peribadi yang mulia.
Ibu Jebat perasan anaknya makin banyak perubahan sejak masuk tadika – dulu susah nak sebut, sekarang makin lancar. Dah tak seaktif dulu, lebih tenang bila keluar makan, banyak duduk diam. Jebat makin seronok ke sekolah, dah tak menangis waktu pagi dan malam pun mudah tidur awal.
Hana lebih faham English berbanding Bahasa Melayu, mungkin sebab pengaruh TV & phone. Tapi lepas masuk Keedsflix, Hana mula tunjuk perkembangan – dulu cakap sepatah-sepatah, sekarang dah boleh bina ayat lengkap macam “Mama I want cookies.” Keedsflix bantu Hana berkembang.
Puan Kuza berasa sangat yakin dan puas hati dengan sistem keselamatan di Keedsflix. Kehadiran 8 unit CCTV yang beroperasi 24 jam beri ketenangan kepada ibu bapa setiap kali hantar anak ke sekolah. Keeds Parent sangat membantu – memudahkan mereka pantau kehadiran, aktiviti harian dan gambar anak. Komunikasi pun jadi lebih jelas dan telus. Beliau sangat hargai usaha Keedsflix kerana berjaya beri rasa percaya dan yakin terhadap penjagaan serta perkembangan anak di sekolah.
Puan Shahiza sangat bersyukur dengan perkembangan anak sejak mula sertai Keedsflix Temerloh Jaya. Anak makin berani, pandai bergaul, dan tunjuk minat tinggi dalam pembelajaran. Setiap hari balik sekolah, anak bawa cerita baru dan nampak seronok. Kemahiran komunikasi dan keyakinan diri anak juga makin baik. Beliau ucap terima kasih atas usaha dan kasih sayang cikgu-cikgu, serta doakan Keedsflix terus jadi tempat terbaik untuk perkembangan awal kanak-kanak.
Puan Eynaa berkongsi anaknya yang ada speech delay mula menunjukkan perubahan – dah boleh sebut beberapa perkataan dan sangat minat dengan huruf hijaiyah. Setiap hari pun bangun excited nak ke sekolah. Dari segi sosial pula, anak yang dulunya tak suka menari dah mula menari dengan kawan-kawan. Satu pencapaian besar untuk anak yang sebelum ni agak pendiam.
Puan Nurul maklumkan walaupun anaknya Aidan masih menangis waktu pagi, tapi Alhamdulillah dah nampak banyak perubahan positif. Aidan dah boleh membaca surah Al-Fatihah dan doa ibu bapa walaupun masih pelat. Paling menggembirakan, di rumah pun Aidan rajin membaca – bukti perkembangan yang berterusan hasil pembelajaran di Keedsflix.
Mak ayah tak boleh tengok anak 24 jam… tapi dengan Keedsflix Parent App, semuanya boleh dipantau dari telefon sendiri. Setiap hari, cikgu hantar gambar & laporan — anak belajar apa, makan apa, tidur cukup ke tak. Notis pun terus masuk app. Dibangunkan bersama Anak2U — selamat, mudah & trusted. Muat turun di Google Play & App Store.
Belajar tak berhenti walau di rumah — dengan E-Learning Keedsflix, anak boleh ulangkaji bila-bila masa. Akses video menarik ikut modul Keedsflix: Quranic, Hafazan, SPACE, Bahasa, Sains & banyak lagi. Visual interaktif, ikut tahap anak – tak bosan, tak ketinggalan. Portal eksklusif khas untuk pelajar Keedsflix sahaja.
Hafal surah & doa harian dari kecil
Anak mula hafal surah lazim & doa makan, tidur, masuk tandas — bukan hafal je, tapi faham maksud & guna harian.
Belajar solat, adab & akhlak Islam
Anak diajar solat dari pergerakan asas, wuduk, hingga adab dengan guru, kawan & ibu bapa — jadi anak berakhlak, bukan sekadar pandai.
Lancar baca & tulis B. Melayu & B. engglish
Anak akan dibimbing melalui modul Keeds Baca & Keeds Read — gabungan teknik fonik, suku kata & aktiviti interaktif. Mula dari kenal huruf → eja → baca ayat→ menulis dengan yakin. Lancar dua bahasa sebelum masuk Tahun 1!
Kenal nombor, sains & teknologi awal
Anak mula kenal nombor, bentuk, konsep asas sains & guna alat bantu digital interaktif — bersedia untuk dunia sekolah & digital.
Buat eksperimen & aktiviti STEAM seronok
Anak main sambil belajar – buat eksperimen sains mudah, aktiviti kreativiti, teknologi, seni & matematik secara fun & hands-on.
Pandai bercakap & yakin depan orang
Anak dibiasakan bercakap dalam kumpulan, jawab soalan depan kelas, buat persembahan — bantu jadi berani & jelas bercakap.
Belajar kawal emosi & tak cepat tantrum
Anak dilatih kenal emosi sendiri, cara luah secara sihat — tak mudah merajuk, marah atau menangis tanpa sebab.
Tahu berkongsi, bersabar & kerja kumpulan
Anak belajar giliran, toleransi & buat projek kumpulan — faham nilai sabar, empati & kerjasama dari kecil.
Gembira ke sekolah tanpa takut atau stres
Suasana ceria & guru penyayang buat anak seronok datang setiap hari — hilang rasa takut, murung atau terpaksa.
Belajar ikut rutin, solat & jaga disiplin
Anak ada rutin harian — belajar, makan, rehat, solat berjemaah — bentuk disiplin awal & persiapan ke sekolah rendah.
Di Keedsflix Temeloh Jaya, kami faham rasa itu. Kami bukan hanya fokus akademik – tapi keselamatan & kesihatan anak adalah keutamaan nombor. Bila anak selamat & selesa, barulah mereka boleh belajar dengan tenang.
8 CCTV berfungsi 24 jam termasuk dalam bilik kelas, ruang makan, ruang tidur & tangga – mak ayah boleh datang bila-bila & tengok sendiri.
Pintu utama sentiasa dikunci & dipantau oleh staf khas – hanya ibu bapa atau penjaga yang telah dikenalpasti & berdaftar sahaja dibenarkan menghantar dan mengambil anak. Tiada pihak luar dibenarkan masuk tanpa pengesahan. Setiap pergerakan keluar masuk direkod dan dikawal ketat untuk elak sebarang risiko keselamatan.
Kelas berhawa dingin & dilengkapi multimedia – anak belajar dalam suasana selesa, tak panas & tak serabut.
Toilet kanak-kanak khas & dibersihkan setiap hari – lengkap dengan sabun, tisu, dan sistem kebersihan berjadual.
Makanan dimasak segar setiap hari oleh tukang masak bertauliah – menu seimbang, cukup zat & bersih (bukan makanan segera atau bungkus luar).
Pemeriksaan suhu harian & SOP kesihatan ketat – rekod suhu, sanitasi berkala & persekitaran bebas risiko.
Pintu Kecemasan Aktif di Setiap Aras & Alat Pemadam Api Lengkap. Setiap tingkat dilengkapi pintu kecemasan khas untuk laluan keluar. Alat pemadam api disediakan & diselenggara.
Puan Thaqiratun perasan Jebat makin okay sejak sekolah di Keedsflix. Dulu balik sekolah terus nak keluar rumah, tapi sekarang dah tenang – mandi, duduk rumah, lepas tu tidur. Jebat pun makin dengar kata, dah pandai letak pinggan dan cawan ke sinki sendiri. Kalau dulu nak basuh tangan sebelum makan kena paksa, sekarang bila disuruh je terus buat sendiri. Nampak jelas perubahan sikap Jebat yang makin teratur dan berdikari.
Puan Zatty gembira tengok Mateen nampak happy di sekolah dan tak menangis langsung. Bila ditanya nak ke sekolah esok, Mateen siap angguk – tanda dia suka dan seronok. Pagi-pagi pun senang bangun. Mak rasa lega dan senang hati sebab anak pun gembira. Jelas sangat yang Mateen dah mula selesa dan serasi dengan suasana di Keedsflix Temerloh Jaya. 🥰
Puan Zuraini puji sistem hantar dan ambil anak di Keedsflix sangat teratur – tak perlu berebut parking atau risau dengan jalan raya yang sibuk. Semuanya lancar dan selamat. Untuk e-learning pula supaya Hana boleh terus belajar dari rumah dengan cara yang menyeronokkan.
Puan Thaqiratun berkongsi yang Jebat dah mula tunjuk minat untuk solat – walaupun belum solat penuh, dia dah duduk atas sejadah dan tengok orang solat. Paling jelas, Jebat sekarang lebih bersabar, berdikari dan dah pandai cari serta pakai baju sendiri. Kalau dulu stop guna telefon je terus mengamuk, sekarang dah boleh terima dengan tenang. Bila ajar sesuatu pun, Jebat lebih mudah faham dan ikut arahan.
Anak habiskan lebih 60% masa mereka di tadika bersama guru, sebab itu, setiap perkataan, sikap dan layanan guru akan jadi cermin perangai anak. Kami jaga nisbah guru kepada murid supaya anak dapat perhatian penuh, hubungan lebih rapat, dan proses membentuk karakter berlaku dengan kasih sayang, bukan tekanan.
Semua guru memiliki sijil dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) atau setaraf, serta dilatih mengikut silibus Keedsflix.
Ada guru yang berlatar belakang pengajian Islam dan STAM — mampu bimbing hafazan, solat & adab dengan penuh hikmah.
Pengalaman mengajar melebihi 3 tahun, terdedah kepada pelbagai peringkat perkembangan anak.
Setiap guru dilatih untuk menggunakan pendekatan IQT – Islamic, Quranic, Technology dengan teknik psikologi kanak-kanak.
Guru menjalani latihan berkala, penilaian prestasi & coaching bagi mengekalkan mutu pengajaran dan layanan kepada anak-anak.
Guru juga dilatih untuk faham emosi anak - bukan sekadar ajar, tapi juga sayang, dengar & bimbing.
Pendekatan I.Q.T (Islamic, Quranic, Technology)- Anak bukan sekadar belajar akademik, tapi juga solat, doa, akhlak & asas teknologi moden — seimbang dunia akhirat.
Modul Eksklusif & Terbukti Berkesan - Guna sistem Keedsflix seperti Keeds Quranic, Keeds Read, Keeds SPACE yang bantu anak hafaz, membaca & fikir secara kritikal.
Guru Terlatih & Berakhlak - Guru bertauliah, sabar & jadi contoh akhlak — anak belajar dengan kasih sayang, bukan paksaan.
Fasiliti Lengkap & Selamat - Kelas berhawa dingin, CCTV 24 jam, indoor playground & makanan dimasak sendiri oleh tukang masak bertauliah.
App Khas Untuk Ibu Bapa (Parent App) - Mak ayah boleh tengok gambar aktiviti anak, laporan harian, dan buat bayaran yuran terus dalam app — semua di hujung jari.
E-Learning Portal Khas Untuk Ulangkaji di Rumah - Anak boleh akses video pembelajaran menarik seperti Quranic, Hafazan, Bahasa & Sains — bantu ulang & faham dengan lebih baik.
Rasa Seronok Belajar, Bukan Takut ke Sekolah - Suasana ceria, cikgu penyayang, aktiviti fun & bermakna — anak bangun pagi dengan semangat, bukan paksaan.
Yuran Fleksibel + Promosi Menarik - Yuran boleh ansur, promosi daftar awal jimat RM400, dan referral bonus untuk ibu bapa — mudah & tak membebankan.
WAKTU OPERASI 7.30 AM - 6.00 PM ( ISNIN - JUMAAT )
Full Day (8 pagi – 5 petang): RM550/bulan
Half Day (8 pagi – 12.30 tengah hari): RM490/bulan
RM1,934 – RM2,084 (Bergantung umur & jantina anak – boleh bayar ansur)
💥Daftar awal jimat RM400! Rebat khas untuk 15 pendaftaran awal & terpilih
📱 Akses penuh Parent App – tengok laporan harian, hafazan, prestasi & tingkah laku anak setiap hari
💻 Portal E-Learning Interaktif – latihan ulangkaji di rumah ikut silibus yang diajar
Booking sekarang! terus dapat Rebar pemotongan RM400 dari yuran tahunan anak anda. Tak perlu tunggu akhir tahun. Bayar RM350 untuk lock tempat, kami tolak terus RM400 dari jumlah yuran Tahunan sebenar. Mak ayah bijak tak tunggu saat akhir. Mereka rebut peluang ini untuk jimat besar & dapat tempat lebih awal. Keedsflix memang cepat habis setiap tahun — ramai yang menyesal lambat daftar!
2. BAYARAN ANSURAN 2 KALI
Tak perlu bayar penuh sekaligus. Kami faham kos hidup tinggi — sebab tu kami tawarkan bayaran fleksibel hingga 28 NOVEMBER 2025. Boleh rancang bajet bulanan dengan tenang & selesa.
3. PROGRAM REFERRAL – JIMAT BERGANDA!
Ajak kawan daftar sama? Terus dapat potongan RM50 setiap seorang! Ajak 5 orang = jimat RM250 dari yuran Tahunan! Kawan pun dapat promosi — sama-sama untung.
Ramai dah isi borang. Ramai juga tunggu saat akhir — dan akhirnya terlepas. Jangan jadi salah seorang yang terpaksa cari tadika lain sebab terlewat. Kalau Tuan Puan nak tempat terbaik + promosi paling jimat… INILAH MASANYA.
“Setiap anak adalah anugerah, dan kami di Keedsflix percaya – bila diberi pendedahan betul dari awal, anak-anak ini akan jadi generasi masa depan yang bukan saja bijak... tapi juga berakhlak dan yakin diri.”
🌟
Bayangkan anak anda: Boleh baca doa depan keluarga Faham maksud surah yang dia hafaz Minat belajar, bukan takut kelas Masuk Darjah 1 dengan penuh yakin Inilah pelaburan paling berbaloi untuk masa depan anak. 📥
Daftar sekarang sebelum promosi ditutup!
Mateen mulanya menangis, tapi cikgu cepat respons dan update mak dengan video – sekarang dah ceria menari buat aktiviti music movement dengan kawan; mak pun tenang sebab cikgu prihatin, siap periksa pampers dan pantau anak – bukti Keedsflix bukan sekadar tadika, tapi tempat anak rasa selamat, seronok dan disayangi.
Puan Kuza berkongsi bahawa anaknya makin cepat belajar sejak di Keedsflix Temerloh Jaya. Anak nampak lebih berminat membaca, menulis, dan bercerita – serta semakin yakin dan berdikari. Beliau sangat hargai pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan tapi tetap beri impak. Di rumah pula, anaknya ikut solat bersama ibu bapa, boleh baca doa makan dan hafalan solat dalam Bahasa Melayu. Ini menunjukkan kesinambungan pembelajaran dari sekolah ke rumah yang sangat positif.
Puan Zuraini anggap Keedsflix Temerloh Jaya sebagai tadika terbaik untuk anaknya, Hana Husna – seorang anak yang istimewa. Beliau berkongsi banyak perubahan positif terutama dari segi komunikasi. Dulu Hana hanya tarik tangan jika nak sesuatu, kini dah boleh minta dengan ayat lengkap seperti "Papa I want phone". Walaupun bahasa Inggeris, ibu bapa tetap bangga dengan perkembangan itu. Hana juga makin mudah ke sekolah, walaupun kadang-kadang menangis, tapi tetap masuk dengan tenang.
Puan Zatie cakap Thea ni memang cepat tangkap sejak kecil lagi – belum umur 2 tahun dah hafal alphabet, nombor, huruf hijaiyah semua. Sekarang kat Keedsflix, Thea dah boleh gabung huruf dan apa cikgu ajar pun dia ingat elok. Mak ayah dia pun memang support habis-habisan untuk bantu Thea jadi yang terbaik. Mak dia siap cerita lagi, Thea ni kuat makan – kat sekolah selalu tambah, balik rumah pun makan lagi baru tidur lena. Nampak sangat dia happy dan selesa kat sekolah. 🥰
Baru 3 minggu, Hana dah nampak banyak perubahan positif. Dulu susah tidur, sekarang dah boleh tidur awal dan lebih tenang. Pergi sekolah pun nampak excited, bangun pagi tanpa menangis – berbeza sangat dengan pengalaman sebelum ni di tadika lain. Dulu sampai tak nak masuk sekolah langsung sebab trauma, tapi sekarang nampak gembira setiap hari.
Bangga seorang ibu bila anak disasarkan naik Quran tahun ni — lebih manis bila guru & ibu bapa sepakat berusaha capai target sama untuk Thea; komunikasi penuh kasih, sokongan suami isteri, dan semangat cikgu menjadikan Keedsflix bukan sekadar tadika, tapi rakan perjalanan membentuk anak yang cemerlang dunia akhirat.
Ya, sesuai. Kami ada kelas khas ikut umur: 4 tahun (Junior) 5 & 6 tahun (Intermediate) Aktiviti & pembelajaran disusun ikut tahap perkembangan anak.
Kami biasa bantu anak yang belum kenal huruf, belum bercakap jelas atau lambat fokus. Modul kami tak paksa anak laju — kami latih ikut kemampuan & bantu dia bina semangat perlahan-lahan.
Ya. Anak akan belajar hafaz surah lazim & doa harian melalui modul Keeds Quranic & Keeds Hafiz – lengkap dengan tracker hafazan mingguan.
✅ Rebat yuran RM400 (tolak terus masa daftar)
✅ Bayar ansuran – fleksibel hingga Nov 2025
✅ Lock tempat sebelum slot penuh (tempat sangat terhad)
Ya, sesuai. Di Keedsflix, kami guna pendekatan ‘learn through play’ – anak akan rasa macam bermain, tapi sebenarnya sedang belajar. Fokus mereka akan meningkat bila aktiviti disusun ikut minat mereka.
Di Keedsflix, setiap minggu ibu bapa akan terima laporan prestasi, hafazan & aktiviti anak. Kami tak hanya jaga — kami bentuk. Dan ibu ayah boleh nampak sendiri perubahan anak, bukan sekadar dengar cakap guru.
Sebab tu ada aktiviti sosial & kumpulan setiap minggu – anak belajar berkongsi, bercakap depan rakan, dan belajar bantu kawan lain. Cikgu juga dilatih untuk bantu anak introvert jadi lebih berani.
Di Keedsflix, guru semuanya wanita, berpengalaman & penyayang. Tadika juga ada 8 CCTV, kelas berhawa dingin & sistem keselamatan lengkap. Kami bukan sekadar branding – kami serius dalam pendidikan & penjagaan anak.
Modul kami bukan sekadar ikut silibus – kami latih anak supaya: Berani bercakap Faham konsep matematik Lancar membaca dua bahasa Pandai solat & hormat orang Masuk darjah satu nanti, anak bukan cuma bersedia – tapi yakin!
Boleh. Kami biasa bantu anak yang alami separation anxiety. Guru kami dilatih untuk tenangkan anak secara berperingkat, bukan paksa. Biasanya dalam seminggu dua — anak dah mula suka datang sendiri.
Kami suka anak aktif! Aktiviti Keedsflix memang dirancang untuk bantu anak salurkan tenaga secara positif – lari, sentuh, bina, bercerita & eksperimen. Cikgu kami tak hukum — kami bantu anak ‘channelling’ dengan bijak.
Keedsflix berdiri atas sistem IQT: Islamic – Quranic – Technology. Kami percaya pendidikan moden mesti seiring dengan akhlak & nilai Islam. Teknologi bukan untuk hiburan semata, tapi untuk bantu anak faham ilmu & ciptaan Allah.
Ya. Slot intake sangat terhad – hanya untuk 15 pendaftaran terawal untuk promosi ini. Setiap tahun kami terpaksa tolak beberapa ibu bapa sebab lambat buat keputusan. Kalau Tuan/Puan nak jimat RM400 & lock tempat, daftar awal sangat digalakkan.
Tiada jaminan 100% — tapi ada sistem yang terbukti. Anak-anak di Keedsflix akan:
✅ Terlibat dalam aktiviti berkumpulan setiap minggu
✅ Diberi peluang bercakap, bercerita & bentang idea
✅ Dilatih dengan hafazan, adab & solat secara konsisten
✅ Dinilai secara berkala — mak ayah boleh nampak sendiri progres
Perubahan itu berlaku — bukan sekaligus, tapi berkembang hari demi hari.
Jangan risau. Modul kami memang nampak banyak — tapi semuanya disusun ikut slot masa pendek, ikut cara anak belajar. Setiap hari ada jadual campur:
🔁 Hafazan, 🔤 bacaan, 🔬 eksperimen, 🧩 aktiviti kumpulan
Bukan semua diajar setiap hari — tapi semua diulang secara sistematik supaya anak ingat, bukan tertekan.
Itu sebab utama kami reka modul Keeds Read, Keeds Baca, KEEDS SPACE & STEAM – semuanya disampaikan secara explore, fun & praktikal. Anak tak akan duduk menghadap buku je. Mereka akan:
✅ Uji eksperimen air & planet
✅ Bercerita depan kelas
✅ Hafaz dengan sticker & reward
✅ Main sambil belajar — dan balik rumah cerita dengan bangga
Kami percaya anak aktif bukan anak nakal. Kami tak guna pendekatan marah-marah, tapi salur tenaga mereka ke aktiviti fizikal, bina model, tolong cikgu, bantu kawan. Cikgu akan latih anak kendali emosi, bukan sekadar “diamkan” mereka.
Ramai ibu ayah datang kepada kami selepas kecewa di tempat lain. Bezanya Keedsflix: Kami ada modul real + hasil boleh nampak Ada sistem pemantauan (bukan harap cakap guru saja) Kami gabungkan Islamik, Akademik & Teknologi — tak pilih satu, tapi lengkap semua. Anak tak sekadar dijaga. Anak dibentuk.
Copyrights 2025 | TADIKA BISTARI INSAN | KEEDSFLIX PRESCHOOL TEMERLOH JAYA
No 19,
Jalan Chengal Baru 3,
Pusat Perniagaan Chengal, Temerloh, Malaysia